Friday 21 February 2014

SMK TPDPH Normah Daro, Sibu.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah adik dah selamat sampai ke daerah Daro sepertimana
yang telah ditempatkan oleh KPM tempoh hari...mengajar di
SMK TPDPH Normah, kategori Pendidikan Khas, tempatnya boleh tahan ke dalam jugak la..nasib baik ada sorang lagi cikgu yang ditempatkan satu sekolah
dengan dia, jadi takdelah takut sangat kan...ade geng!



Dari airport Sibu kena naik van ke jeti sungai nie..sungai ape ntah lupa plak
nak tanya. Adik aku cakap ikut jalan air lagi cepat sebab jalan darat
macam jalan balak kot tanah merah.



Alhamdulillah..pengangkutan semua dah disediakan oleh Kementerian..
cuma bawak badan n barang je, adik aku cakap perjalanan dari
jeti ke pekan Daro ambik masa dalam 2 jam 15 minit. Jauh jugak tu..!
tambah lagi 15 minit dah nak sama macam balik kampung aku..hihi



Ok..dah sampai..macam ni la lebih kurang pekannya kot..gambar ni
adik aku yang post kat whatapp. Tapi ok la adik aku bagitau kat pekan
ni dekat ngan hospital, balai polis.. cuma kedai makan payah skit la kot..
nak makan kena masak sendiri la ye!


Haaaa...yang nie pulak rumah guru! comeyyy kan..! kat bawah ada air,
kalau rasa malas nak masuk bilik air, bukak pintu umah terus terjun je dah
siap mandi dah...hahaha!!! tu pon kalau takde buaya la kan...hikhik!



Takdelah, yang nie umah guru sebenarnya..yang atas tu kat area lain..
tapi yang ni pun lebih kurang je adik aku cakap, kalau air pasang
kat bawah umah nie penuh ngan air..macam best je! Jangan buaya tumpang
tidur kat atas tangga sudaaahhh......gulpp!!!
Okey, jaga diri adikku..nanti cari rumah lain yang selesa sikit ok..

Thanks for reading this entry!

Tuesday 18 February 2014

Sarawak?? biar betol...!

Hotel Goldcourse Klang

Punya la payah nak mencari hotel nie ha, ingatkan jauh sangat 
rupanye kat tepi Sungai Klang tu je..kalau dari atas jambatan sungai
klang tu dah boleh nampak da..ape plak tujuannya aku ke sini??
Tujuannye?? hihi....suspen betol kan, tujuannya.....aduuhhh....terasa
sedikit kesayuan dihati ini....tujuannya, hantar adik aku si Nina Aliza tu la..
dapat mengajar kat Sarawak..waaawaaaa....!!!

Sedih wei..jauh tuuuuu....memang la orang selalu cakap, " ala...Sarawak
je kot, bukan hantar ke Somalia.." ambooiii....cakap kat orang bukan
main ekk, cer hantar awak pergi sana tengok! ada jugak yang cakap macam nie 
" sape suruh mintak jadi cikgu kan...tanggung je la.." sakit hati tak 
kalau korang dengar?? aku yang dengar ni pon pedih telinga tau..
Tapi takpe Nina Aliza rezeki tuhan yang bagi bukan diorang, so tak payah 
nak kesah sangat ye!

 Errmmm...sempat lagi berposing..hihi layankan ajerrr! selamat merantau
ke negeri seberang laut Nina Aliza..semoga segala urusan disana
dipermudahkan oleh Allah S.W.T...amin.......

Thanks for reading this entry...

Thursday 12 December 2013

Apa Itu iShare?

Apakah iShare?

iShare adalah sebuah agensi insurans yang berdaftar dibawah Global Group Holdings Sdn.Bhd. Sebuah syarikat 100% milik Bumiputra. iShare juga memberi bantuan dalam mendapatkan perlindungan insurans dan pembaharuan cukai jalan terhadap kenderaan anda.

Perkhidmatan ini adalah yang pertama dan satu-satunya di Malaysia, ia diuruskan oleh pihak iShare secara online bagi memudahkan ahli komuniti iShare tanpa perlu :-

a) tiba awal di cawangan JPJ dan Pejabat Pos.
b) beratur panjang untuk mengambil nombor giliran.
c) menunggu lama untuk proses di kaunter JPJ dan Pejabat Pos.

 iShare juga adalah merupakan sebuah PROGRAM PERKONGSIAN UNIK (PPU) yang menggunakan FORMULA PERKONGSIAN KOMISEN & BONUS (FPKB) dalam memperkenalkan satu budaya baru dikalangan ahli komuniti untuk saling prihatin, tolong-menolong antara satu sama lain, dan apa yang paling menarik ialah disamping kemudahan pembaharuan insurans dan cukai jalan ini secara tidak langsung anda boleh menjana pendapatan!

Formula Perkongsian Komisen & Bonus membolehkan ahli komuniti iShare memperbaharui insurans dan cukai jalan secara PERCUMA.