Thursday, 25 April 2013

Cemburu Kebahagiaan Orang Lain..

Salam Jumaat semua..!

Apa tandanya jika kita cemburu melihat kebahagiaan orang lain? Adakah itu membayangkan bahawa jiwa kita sakit kerana membiarkan perasaan itu berlegar di dalam diri? Ya....benar. Jiwa kita sedang sakit jika kita cemburu akan kebahagiaan orang lain dan ini disebut hasad....cemburu yang melampaui batas!

Perasaan cemburu ini jika tidak dibendung boleh membawa kerosakan sebagaimana api yang membakar kayu kering. Kenapa biarkan hati dibelenggu begini sedangkan sendiri kita boleh mencari kebahagiaan itu? Jadikanlah kebahagiaan orang lain yang berpasangan itu sebagai inspirasi agar kita juga mampu menikmati kenikmatan yang sama.


Firman Allah bermaksud:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada
apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak
daripada jenis emas, perak, kuda pilihan,binatang-binatang ternakan
dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi
Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)"
-Surah Ali-Imran : 14.

Sekadar renungan bersama....
Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment