Assalamualaikum...
Salam Jumaat semua...! Hari nie tak tahu la ape mood aku... nak kata sempena
nak menyambut kedatangan hari jumaat tak la jugak, biasa pun tiap2 minggu ade gak
hari jumaat tapi xtau la hari ni aku teringiiiiiiiin sangat nak pakai baju kurung...dah lama tak pakai baju kurung wei! Asyik2 sarung seluar jeans je. Patut la hari ni mendung semacam jer...bukan setakat mendung, siap hujan bagai dah! kate ko! (ayat adik aku ) hikhik!
Entry aku hari nie nak syer hantaran sebenarnya..so, sementara menunggu ribut petir kat luar bangunan ni reda, meh aku nak share sikit ngan korang koleksi hantaran aku yang seterusnya.. tempahan dari Pn. Zura dengan tema color Light Pink!
Ok ni kain sembahyang, aku gubah jadikan dia beberapa kuntum bunga..ok x? ok la tu labu! ada sket2 rupa bunga sudah...:)
Ni handbag, kali ni senang skit nak gubah sebab tuan dia dah siap2 bagi aku bakul putih nie. So tak payah la aku nak pening2 fikir atas apa aku nak gubah hantaran nie kan.
Sory ye kawan2 gambar tak berapa jelas..hihi..biasa la ehem3..paham kan??haha!
yang ni jam tangan..
Yang nie pulak bekas buah, aku sediakan bekas je buah tuan dia letak sendiri :)
Kasut...
Perfume...
And last sekali, sirih junjung....!!
Thanks Zura from Aeon Puchong! kerjasama yang anda berikan amat2 saya hargai..
Siap jemput sekali join makan kenduri dan dilayan sebagai tetamu VIP!
Memang best la kan.....:)
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment