Thursday 2 May 2013

Keliru...

                                                              Salam jumaat semua....


Adakala hati aku berbelah bahagi memilih satu antara dua. Serba serbi aku
rasakan bagai tak kena di saat aku perlu membuat keputusan yang tepat.
Seboleh-bolehnya,aku tak nak membuat kesilapan yang akhirnya
membawa aku kepada penyesalan...

Hati juga tersepit di kala aku buntu memikirkan jalan keluar daripada sesuatu
perkara yang menghimpit diri..Tak tahu arah mana untuk dituju, apa yang 
harus aku lakukan dan bagaimana caranya. Jika semua ini berlegar dalam 
diri aku, apa yang harus aku lakukan?? Pada siapa harus aku mengadu
setelah diri betul2 buntu? Ya, kepada Dia..kepada Allah yang sentiasa 
menanti, menunggu hambaNya meminta dan berdoa kepadaNya....

Dirikanlah solat sunat Istikharah pada 2/3 malam bagi memohon petunjuk
daripada Allah...

" Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku
memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon
daripada-Mu akan limpah kurnia-Mu yang besar.
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan
Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang
Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya engkau
mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah baik bagiku
pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat,
takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya
dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan...) 
mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan
urusanku samada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya 
dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian
redhailah aku dengannya..."


Thanks for reading this entry..

No comments:

Post a Comment