Friday 15 November 2013

'Dia' Pilihan Keluarga, Ok Tak?

Setiap perkahwinan yang dirancang oleh keluarga pasti di sifatkan
sebagai ketinggalan zaman..kerana kebanyakan remaja hari ini 
mempunyai kebebasan penuh dalam memilih jodoh atau
pasangan hidup masing-masing..tidak seperti di zaman ibu
dan ayah kita dahulu. Jadi, jodoh pilihan keluarga di zaman siber
ini sudah tidak revelan.

Duhai sahabatku sekalian..jodoh pilihan siapa itu tidak penting. Apa yang 
penting ialah bagaimana untuk kita mengemudi sesebuah bahtera
rumahtangga itu. Ketahuilah, tidak semua jodoh pilihan sendiri itu
akan kekal dan begitulah sebaliknya dengan pilihan keluarga..

Seorang ustaz pernah berbicara, kalau kita ditakdirkan mendapat
pasangan yang baik, kita haruslah bersyukur kepada Allah. Tapi jika 
pasangan itu kurang elok dari setiap segi, maka tugas kita akan 
menjadi sedikit berat kerana kita perlu perbetulkan segala kekurangan
pasangan kita itu..tetapi SABAR itu tidak ada pada semua orang..
kerana itulah Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang sabar.

Oleh itu, jadikan setiap sikap dah amalan Rasulullah S.A.W sebagai
panduan dan pedoman dalam hidup kita. Apa yang dikurniakan oleh Allah
kepada hambanya pasti ada hikmah yang tersembunyi dan pasti 
ada yang terbaik untuk kita..apa yang penting redha kehidupan kita
adalah di atas redha kedua ibubapa..sekian..



Thanks for reading this....:)

No comments:

Post a Comment