Tuesday, 16 April 2013

Adakah Pilihan Jodoh Anda Tepat??

                                                     Assalamualaikum semua...
Dalam kita menghadapi cabaran kehidupan atau alam rumahtangga, kadang2 kita pasti tersasar dengan melakukan kesilapan dan tersilap membuat pilihan..namun, apabila ia melibatkan jodoh, kita pasti mengharapkan pilihan yang kita buat adalah tepat kerana kita mahu hubungan itu kekal ke akhir hayat. Kita seharusnye cuba mencari seseorang yang benar2 mempunyai keserasian dengan diri kita supaya hubungan yang akan datang lebih bermakna. Walaupun jodoh itu terletak di tangan TUHAN, tapi tak salahkan kalau kita berusaha untuk mencarinya untuk mendapatkan yang TERBAIK....so, kat sini aku nak kongsi dengan korang ------->

10 Tip Pilihan Jodoh Yang Tepat!

1)Selesa
 Pilihlah si dia yang membuatkan kita berasa selesa ketika mendampinginya dan tak pernah merasa bosan atau tertekan bersamanya walaupun kita kerap berjumpa dan saling berhubung..sekiranya kita dan pasangan berasa selesa bila bersama keserasian tu akan dapat dipupuk dengan mudah..

2)Bersahaja
Si dia menunjukkan tingkah lakunya yang sebenar dan bersahaja ketika bersama kita  tak perlu la berpura-pura dan menjadi seperti orang lain hanya untuk kelihatan sempurna di mata insan yang disayangi. Karakter sebegini pasti akan memudahkan kita dalam berkomunikasi dan berhubung..

3)Terima Seadanya
Setiap insan pasti mempunyai kisah silam yang kadang2 agak keterlaluan..namun jika si dia tidak pernah ambil peduli dan menerima kisah silam dan kesilapan masa lampau kita, si dia adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Apa yang penting ialah si dia menerima diri kita yang kini bukan yang lalu..

4)Kejujuran
Kejujuran adalah kunci kekuatan sesebuah hubungan..apabila si dia jujur agak sukar baginya untuk menipu atau berlaku curang di belakang kita, kejujuran yang disulami kesetiaan akan membuahkan percintaan yang sejati..jadi si dia adalah sebaik-baik pilihan :)

5)Saling Mempercayai
Setiap orang atau kita pasti ada rahsia yang tersendiri dan adakalanya kita perlukan seseorang umtuk berkongsi rahsia kita supaya dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung..jika kita yakin bahawa kita boleh mempercayainya dan selamat bersamanya, dia adalah pilihan terbaik untuk kita..

6)Memahami
Bagi pasangan yang berjodoh kita perlulah saling memahami..jika kita bersedih si dia berusaha untuk menghiburkan kita dan begitulah sebaliknya..si dia sentiasa ada bersama kita walau dalam apa jua situasi dan bersedia menempuh cabaran dan halangan...

7)Kata Hati
Kadang2 di saat kita terlalu buntu untuk membuat pilihan, mendengar kata hati adalah cara terbaik dalam membuat keputusan, dengarlah kata hati sama ada kita ingin bersamanya atau berada jauh dengannya..

8)Terima Kelemahan
Tiada insan yang sempurna di muka bumi ini namun si dia berusaha untuk menjadi sempurna untuk melengkapi hidup kita, tampilkan kelemahan diri kita untuk mengetahui adakah si dia boleh menerima diri kita yang sebenar..

9)Bekerjasama
Kita dan si dia saling bekerjasama dan berusaha untuk sesebuah perhubungan yang baik,si dia memerlukan kita dalam mengharungi cabaran hidupnya dan begitulah sebaliknya.

10)Istikharah
Jodoh adalah rahsia ALLAH..setelah berusaha bersungguh-sungguh,berserahlah kepadaNya..mintalah petunjuk dariNya melalui istikharah supaya kita membuat pilihan yang tepat, jika dia pilihan kita buatlah keputusan sebaiknya..

Fakta Menarik!!

*Percaya atau tidak sebahagian pasangan berjodoh memiliki  wajah yang kelihatan mirip antara satu sama lain kerana individu lebih cenderung memilih pasangan yang memiliki ciri-ciri wajah sepertinya!!

Tqvm for reading this entry! ;)

1 comment:

  1. X pernah nya tepat...da 4 kali da sy ni kawin...cam mn tue?

    ReplyDelete