Jom kita gelak2 skit nak???
Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat orang yang betul2 menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga...(beliau tak la sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice). Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata;"Saya ada satu soalan yang mungkin akan memberi jawapan yang berbeza, calon yang akan memberikan jawapan yang terbaik akan diterima bekerja di sini"
"Soalannya adalah, apakah perkara atau benda yang paaaaling pantas sekali?" tanya CEO tersebut kepada calon2 yang berada di hadapannya. Calon pertama berkata dengan bersungguh-sungguh "FIKIRAN, kerana ianya datang sendiri tanpa kita sedari"
"Bagus, satu jawapan yang baik!" kata CEO tadi. "Kamu pula?" tanya beliau kepada calon yang kedua. "KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat ape2 pun, mata kita dah berkelip" jawab calon yang kedua.
"Hah! Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada menyebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan" kata CEO itu. Beliau seakan yakin calon kedua ini akan bakal mendapat jawatan yang ditawarkan.
"Bagaimana dengan kamu pula?" tanya CEO kepada calon yang ketiga. "Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan itu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah perkara yang paling pantas" jawab calon ketiga.
"Jawapan yang agak hebat setakat ini," katanya sambil mengangguk dan tersenyum lebar. Namun begitu, CEO belum menerima jawapan dari calon terakhir. "Bagaimana pula dengan jawapan kamu?" CEO terus mengusulkan soalan kepada calon yang keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru dalam syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
"Setelah diteliti jawapan calon2 sebelum saya ni tadi...saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah...CIRIT-BIRIT" jawab calon yang keempat dengan yakin sekali. "Haaaaaa.....???? CIRIT-BIRIT??? Kamu ni tak serius langsung! macamana kamu boleh mintak kerja di syarikat saya nie??" CEO sangat terkejut dengan jawapan calon yang keempat tadi.
"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dan berasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR, KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah...."
Nak dijadikan cerita, calon yang keempat tadi diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan kerana CEO tersebut amat2 la berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan...kikiki..:)
P/S :- Jangan marah ye....!!!
Thank you for reading this entry uuuoolllsss...!!!muuaahh3..!!!
Hahahahahahah...butul3.....
ReplyDeleteWalaweiii.....oklah lawak ni...sumber inspirasi...
ReplyDeletekenapa mesty watak omputeh...tapi lokasi suma kat Malaysia? tp citer best...
ReplyDeletemana ade watak omputeh..donald trump tu contoh je..:)
Deletekenapa bg contoh donald trump? Pak Cik awak ke tue?
DeleteDa agak da tu jawapan tue....
ReplyDelete