Tuesday, 30 April 2013

Mengapa Perempuan Curang??? part 1

                      Lelaki : "Sayang, jom tengok wayang malam nie nak?, cite Iron Man.."
                      Perempuan : "Emm...I penat la..banyak keje kat opis tadi, lainkali la boleh tak?
                                           bila I free nanti kita keluar ye Sayang!"

Hmmm....korang pernah alami situasi macam ni tak? Aku pernah! dulu2 la...betul!...tak tipu...heheee, situasi dimana aku terpaksa memberi beribu alasan semata-mata nak pastikan date tu tak menjadi, haha...!! penat wei nak kelentong2 nie...bukan tak sayang tapi...kadang2 rasa rimas pun ade! Nak kata ada pengganti tu takde...nak kata takde yang nak...ada je yang nak berkenalan, ceewaahh...!! then ape puncanya?? To gentleman  please find out before it worse!

Apa yang lelaki perlu tahu!

* Kurang perhatian..
-Orang lelaki tau tak?? kami orang perempuan nie sangat2 la mendambakan perhatian korang...bukan setakat bercinta je, kalau boleh dari A sampai la Z. Bila kami orang perempuan dah start tawar hati, maknanye ada la something wrong together forever la tu! maka orang laki tolong2 la tengok kot ada terkurang kat mana2 kan, kot ye pun sibuk..tak kan la tak boleh nak hantar mesej, whatsapp, instagram barang sekeping dua kan kan kan...orang perempuan setuju tak dengan aku??

* Tidak dihargai....
-Orang lelaki tau tak?? kami kaum hawa nie harap sangat dapat dengar kata2 pujian dari mulut korang...walaupun pertolongan yang kami beri takde la sebesar mana kan..asalkan korang boleh hargai, tu dah cukup...ini tak, dah la tak ucap "Terima kasih " or " Thank you " pastu buat2 lupa pulak! eeeiii....sakit hati tak orang perempuan??

* Rasa terpinggir...
-Orang lelaki tau tak?? disebabkan keje korang yang sibuk memanjang  sampai bila diajak keluar pun korang tolak menyebabkan kami orang perempuan ni rasa tersisih? Korang pulak yang bagi 1001 alasan bila diajak spend time bersama, so jangan salahkan kami kalau korang tak diberi perhatian...atau mungkin kami dah bertemu dengan seseorang yang cukup menghargai kami berbanding korang yang asyik keje aje?? emmm...

* Ego...
-Sifat ego memang dah sebati dalam jiwa lelaki..tapi bukan la semua kan, kaum hawa pun ada jugak yang ego, macam aku! hihi....tapi bila cakap je pasal ego semua orang akan tunding jari kat kaum adam betul tak?? well....what to do...sikap lelaki yang susah nak mengaku kesalahan, dah la tak nak mengaku pastu dia tuduhnya kita pulak yang jadi punca...ungkapan "saya minta maaf " atau "i'm so sory.." jangan harap la kami orang perempuan ni dapat dengar! Betul tak orang perempuan..?

* Tidak memahami..
-Orang lelaki tau tak? kami orang perempuan harap sangat bila saat kami sedang berduka lara, kamu sentiasa ada disisi menemani... pinjamkan bahu kamu untuk takungan air mata..Ini tak, bila kami meluahkan apa yang terpendam kamu menafikan pastu cakap kami terlalu berimaginasi! Susah sangat ke orang lelaki nak jadi seorang pendengar yang baik kepada kami kaum wanita?

* Pentingkan diri...
-Jangan la terlalu mementingkan diri sendiri..sehingga kamu melukai hati kami, walaupun kadang2 tindakan kamu itu tanpa niat tapi bagi kaum perempuan kamu langsung tak menghormati hak dan kemahuan kami.
Sedangkan selama nie segala permintaan kamu kami turutkan jer! bila tiba giliran kami, kamu langsung tak mahu beralah! mana aci...tak salahkan sekali sekala kamu mengalah..(mengalah tak semestinya kalah) statement lagi, heheeee...

Thanks for reading this entry!


No comments:

Post a Comment