Sebenarnya entry nie aku tulis untuk pasangan yang belum berkahwin..sebab kalau dah kawen takde makna la korang nak curang bagai2 kan! tak baik..berdosa...then bila aku cakap macam nie, orang dah kawen tapi ada scandal kat luar jangan la kecik hati pulak...kecuali lah korang tu kembali bujang, sekadar untuk berkongsi tak salah kan? Untuk couple2 kat luar sana meh kita semak sama2 :-
10 Tanda Perempuan Curang
Setiap kali keluar dating, awek kamu lebih banyak mendiamkan
diri dan percakapannya juga dah tak semanja n
semesra dulu.
Banyak mengelak dan berdolak-dalik bila kamu bertanya tentang
aktiviti sehariannya jika dia tidak bersama
dengan kamu.
Setiap kali keluar, dia akan letakkan phone dalam silent mode
supaya setiap panggilan dan mesej yang masuk
kamu tak kan dengar.
Sentiasa moody bila berdepan dengan kamu dan serba tak kena
dengan apa yang kamu lakukan.
Dia akan mencipta pelbagai alasan setiap kali kamu mengajaknya
keluar bersama.
Dia tiada lagi atau kurang menhantar mesej dan menelefon kamu.
Sekiranya dia bersetuju untuk keluar dengan kamu, dia akan menetapkan
syarat supaya pergi ke tempat yang tidak sesak, tempat yang
bukan menjadi tumpuan orang ramai.
Dia sudah mula lupa tarikh2 yang penting, sehingga kamu pulak
yang terpaksa mengingatkan dirinya.
Dia akan segera mengajak pulang setiap kali kamu keluar
bersama, dengan memberikan alasan yang
tidak munasabah.
Tiada lagi kata2 manja atau ungkapan yang manis untuk
didengar keluar dari mulutnya.
Wahai kaum lelaki, cepat2 la bertindak sebelum hubungan korang menjadi lebih parah. Daripada awek terus setia mengharapkan korang, lebih baik jika dia membuka ruang di hatinya untuk orang lain...Jangan esok2 korang menyesal sudah...! :)
No comments:
Post a Comment