Hemmmm...lelaki memang suka bercakap dengan bahasa yang berbunga-bunga, kadang-kadang bunyi macam memuji padahal maksudnya amat sinis..ada jugak ayat-ayat manis tapi maksud sebaliknya amat la pahit...sebab lelaki nie memang payah nak berterus-terang..mungkin mereka takut akan melukakan hati orang yang mereka sayang, ye ker???
Orang lelaki jangan marah saya ekkkk.....senyummmmm...hikhik!
Jom kita baca maksud di sebalik ayat-ayat mereka!
Katanya : " Jangan risau la..mak I memang macam tu.."
Maksudnya : Ada kebarangkalian mak dia tak sukakan
kamu.
Katanya : " Kalau setakat nak lepak dengan kawan-kawan,
perlu ke awak pakai cantik-cantik? "
Maknanya : Sebenarnya dia cemburu.. takut la kan kalau-
kalau kamu di tackle orang lain! hihi..
Katanya : " Semalam family saya ada bertanya pasal awak "
Maknanya : Dia betul-betul serius berkawan dengan kamu,
dan kalau boleh nak pergi lebih jauh...
Katanya : " Buat masa nie saya belum bersedia nak cari pengganti pengganti
tempatnya.."
Maksudnya : Buat masa ini dia hanya perlukan teman dan dia
hanya mahu berkawan dengan kamu, jadi jangan paksa dia
untuk terima kamu!
Katanya : " Kenapalah baru sekarang saya berkenalan dengan
awak, kenapa bukan dari dulu lagi.."
Maksudnya : Si dia memang terlalu mengagumi kamu dan kamu
berjaya menarik perhatiannya!
Katanya : " Please la..I need some space dalam hubungan kita! "
Maknanya : Bye-bye..selamat tinggal pada perhubungan kamu dan
si dia, dia sudah bosan dengan ikatan kamu berdua.
Katanya : " Saya nie single... " ( dengan nada yang teragak-agak )
Maknanya : Dia mungkin dah berpunya tapi still tertarik untuk
merapati kamu..mana tahu kot-kot boleh masuk jarum? Hihi..
Katanya : " Jom la lepak sama2 kalau awak ada masa.."
Maknanya : Bukan senang untuk dia mengajak seseorang lepak
dengannya, nak2 lagi orang tu perempuan. Tapi kalau
dia mengajak kamu itu bermakna si dia amat senang dan
selesa dengan kamu.
Katanya : " Jom date! Saya jumpa awak kat restoran terus ok?
Maknanya : Dia tak berminat sangat dengan kamu kerana
si dia tidak bersungguh-sungguh!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment