Friday 17 May 2013

20 Fakta Tentang Lelaki

                                                       Hai assalamualaikum semua..!
     Agak-agaknya la kan, korang berminat tak nak tahu atau dalam erti kata lain nak menyelami sikap, sifat dan jugak kerenah orang lelaki nie? Aku tau mesti ada yang berminat ye tak?? Kalau tak secara mendalam, secara luaran pun jadi la kan, Alaa....sporting la skit wei...jangan malu2.... wewuwewu...!!

    Tak semua lelaki tu sama sifatnya, manusia kan perangai berbeza-beza tapi ciri2 yang aku nak kongsi ngan korang nanti mungkin ciri2 yang umum yang biasa ada pada seorang lelaki..cukup la kita ni sebagai seorang perempuan memahami secara luaran seorang lelaki yang paling dekat dengan kita. Ciri2 lain mungkin kita boleh tahu bila kita rapat dengan mereka, contohnya : sahabat karib lelaki kita, abang, suami atau ayah kita! Pendek kata, asalkan mereka tu bergelar lelaki! :)
Come, let start!

* Sebenarnya lelaki tak mencari wanita yang cantik, cukup lah sekadar sesejuk mata memandang dan mempersona. So, untuk itu dia selalu minta supaya kamu bersih dan cantik. Bukan sebab dia mata keranjang tapi dia nak lihat kamu sebagai seorang yang boleh buat dia terpesona! Confirm dia tak pandang orang lain dah...nngeeee...

* "Awak buat apa tu?" atau "Dah makan ke belum?" adalah ayat yang selalu lelaki ucapkan ketika di talian. Mereka sebenarnya bukan lah makhluk Tuhan yang  pandai nak berbasa-basi, tapi mereka memang sungguh2 nak tahu semua perkara tentang kamu! Ohh....so sweetttttt...hmmmm.....aku nak lelaki macam nie!!

* Dalam sehari,dia sibuk bekerja dan menjalani aktivitinya bersama kawan2. Tapi kamu percayalah, ketika dia bersiap untuk tidur, kamu akan selalu ada dalam fikirannya..dan time tu kan, dia senyum sorang2 membayangkan betapa manisnya kamu hari ini! Betul tak orang lelaki....ala kuci-kuci..comey!

* Ketika saat dia menyukai kamu, pastu beberapa saat kemudian dia boleh lupa, sebab asyik bersama kawan2..hal ini adalah perkara biasa, bukan bermakna dia melupakan kamu terus..malah kamu sentiasa dihatinya. Jadi takde ape yang perlu kamu risaukan ye..

* Lelaki selalu ingin berkongsi semua hal dengan kamu, tapi adakalanya dia tak boleh mengungkapkan semua perkara dengan baik. Apa yang perlu kamu buat adalah jangan paksa dia untuk bercerita jika dia belum bersedia untuk berkongsi hal dengan kamu.

* Lelaki sangat benci bila dirinya dikhianati..nampak je mereka tu egois, keras, dan kuat tapi sebenarnya mereka adalah makhluk yang lemah. Hihihi.....

* Lelaki  akan melakukan ape saja untuk menarik perhatian kamu. Termasuklah menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walaupun kadang2 hal ni tak perlu pun nak diceritakan pada kamu..saje la tu kan!

* Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua kamu, jangan la ragu atau malu..itu bermakna dia serius dengan kamu!

* Lelaki sangat tergila-gilakan senyuman kamu. Untuk itu, jangan la pulak kamu memelihara muka yang masam ( macam asam kecut ) senyuuuummmm....dan buatlah dia gembira!

* Jika lelaki betul2 mencintai kamu, dia akan menerima kamu seadanya. Tak kira la kamu tu gemuk, hitam ataupun berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat untuk kamu supaya diet, tapi yang pasti mereka tulus mencintai kamu!

* Sesekali lelaki pun akan menangis..kerana mereka juga memiliki perasaan sedih dan kecewa. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana kamu sentiasa ada untuknya.

* Jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang memang mudah marah. Heeheee...

* Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji dan memujuk kamu, jadi jangan terlalu mudah cair dengan pujukan dan rayuan mereka..

* Jangan pernah kamu berkata padanya, "Mmmhh...lupakan jelah" kerana hal ini akan membuat dia tertanya-tanya dan curiga dengan kamu. Kerana mereka juga seperti wanita punyai rasa sensetif dan rasa ingin tahu.

* Saat kamu telah membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tak akan pernah boleh melupakan kamu. Jadi boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan berbanding wanita..hihi...

* Kamu takkan boleh membuat lelaki memahami kamu dalam sekali perbualan saja. Mereka makhluk yang cerdas, tapi adakalanya susah juga bagi mereka untuk memahami kamu. Sebab tu lelaki selalu menyebut wanita sebagai makhluk yang paling susah difahami. Yeke?? :)

* Jika kamu berkata tidak, yang ada dalam fikiran lelaki adalah " Aku akan cuba lagi ". Ingat lagi tak saat dia  meminta kamu menjdai kekasihnya? :)

* Lelaki adalah makhluk yang simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandaian.

* Percaya tak kebanyakan chef profesional di dunia ni adalah dari golongan lelaki? tapi wanita pun tak kurang juga hebatnya kan!

* Lelaki sangat2 menyayangi ibunya.



Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment