Tuesday 21 May 2013

Anoreksiakah Aku???

Situasi pertama:
"Hai Tie, lama tak jumpa! sihat ker? Nape makin kurus nie? Diet ke ape?"

Situasi kedua:
" Tie, ko tak makan ke ape nie? Asal ko nampak lagi kurus? "

Adooooiiii....macamane nak jawab ni? Dah tak terjawab dah ni ha..kurus pun orang
tanya, kalau gemuk apetah lg kan? haha! Esok kalau aku gemuk orang still
jugak persoalkan, macamane plak aku yang slim dulu boleh jadi gemuk?? Hisshhh...
Dah menjadi lumrah manusia hidup dipenuhi tanda tanya..ye tak?? Bagus2..
malu bertanya sesat jalan! Tapi persoalannya, kurus sangat ke aku nie weiii......
Kalau omputeh cakap kurus tu "slim", best la jugak dengar kan! tapi melayu
cakap "kurus tu kering " macam papan! melampau sangat la tu....

Slim = 36,25,36
Aku = 32,25,32 eeerrrkkk!!!
Aaaarrrhh...!!! Anoreksia kah aku..???

Apa Itu Anoreksia??
'Taasub kurus yang terlampau'

Ciri-ciri Anoreksia
* Menguruskan badan dengan cara membataskan  makan secara sengaja
dan melalui kawalan yang ketat. ( aku? takde nak batas2 der..semua aku
telan )
* Takut untuk memenuhi keperluan makan walaupun lapar kerana takut
berat badan akan bertambah. ( aku? makan banyak ke, makan sikit
ke berat still tak bertambah...:( )
* Melakukan diet yang bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang
kurus. ( aku? tak diet pun orang cakap aku berdiet..hihi )

Mengapa ia berlaku?
* Perubahan fisiologi tubuh yang mengganggu fikiran pengidap 
anoreksia. ( ehem2..aku bukan pengidap anoreksia k, so fikiran
 aku tak terganggu pun..)
* Menganggap dengan menjadi kurus akan membuat pengidap
anoreksia berasa bahagia, berjaya dan popular. ( bahagialah sangat!
kalau dah kurus kering dapat penyakit bahagia kebendenye? )
* Menetapkan dalam minda bahawa bertubuh gemuk itu hodoh dan
buruk. ( comey ape badan gemuk...)

Kesan anoreksia!
* Hilang selera makan sehingga tidak mahu mengambil apa2 makanan.
( aku? still lagi boleh menelan apa2 makanan, hihi )
* Lemah dan tidak bermaya. 
( aku? masih lagi mampu menekan pedal minyak ok! )
* Sukar memberikan tumpuan sepenuhnya pada sesuatu perkara.
( aku? terlebih tumpu lah pulak..)
* Gangguan menstruasi.
( ape tu? tak paham..hahaha!! )
* Menyebabkan kematian.
( Innalillah....)
* Mempunyai perasaan tidak berharga.
( aku? sentiasa menghargai diri ini..)
* Tidak yakin pada diri dan canggung apabila berhadapan
dengan orang ramai.
( aku? over expose.. orang naik meluat tengok! hahaha!)
* Cenderung untuk berbohong demi menutup perilaku makannya.
( aku? takde la sampai nak menipu benda ape yang aku makan..)
* Mengalami depresi.
( aku? entah.... )

Kesimpulannya, aku bukan anoreksia! Ngeeee.....ada ke orang mengaku yang
dia anoreksia?? Takde kan...memang la aku kurus..tapi aku bukan anoreksia
dan aku tak nak jadi anoreksia! Tak nak! Tak nak! Tak nak!


Bakal anoreksia anda memakai tudung pink! hikhik!

Thanks for reading this entry! :)



No comments:

Post a Comment