Wednesday 15 May 2013

Kau Yang Teristimewa....

Assalamualaikum ...:)
Sebenarnya aku nak syer entry ni sempena Hari Ibu...tapi takde masa nak taip..
aku rasa belum terlambat kot..

Bergembiralah Dilahirkan Sebagai Perempuan..

Pernah tak masa kita kecik2 kita terfikir, kenapalah kita dilahirkan sebagai 
perempuan. Alangkah baiknya kalau jadi lelaki, aurat yang mudah dijaga, boleh
buat pelbagai aktiviti lasak sebab fizikal lelaki lebih kuat kalau nak dibandingkan
dengan perempuan yang dilahirkan lemah dan hanya mampu membantu
mak kat dapur dan kerja2 rumah yang lain...

Tapi Allah tu Maha Adil dan Mengetahui..kerana Dia lah yang menyusun atur 
kehidupan hambaNya. Jika dilihat kembali betapa mulianya menjadi
seorang perempuan, tentu kita akan bersyukur kerana dilahirkan sebagai
seorang perempuan...

Doa Lebih Makbul

Sifat penyanyang yang ada pada seorang perempuan menyebabkan doanya
lebih makbul daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tak akan sia-sia ".

Mampu Mengandung

Hanya perempuan yang dikurniakan rahim untuk mengandung dan membesarkan
janin di dalam perutnya. Sesungguhnya perempuan yang mempunyai anak 
yang ramai adalah perempuan yang mulia kerana menambahkan bilangan umat Nabi
Muhammad SAW. "Kahwinilah perempuan yang keturunan anak ramai,
sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah."
(Riwayat Abu Daud dan Nasa'i )

Dijanjikan Syurga

Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta tanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Dahulukan Anak Perempuan

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada lelaki. Maka barang siapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail a.s.

Gembirakan Anak Perempuan

Barang siapa yang mengembirakan anak perempuan, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan
Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Penghalang Api Neraka

Daripada Aisyah r.a. :"Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak 
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka".

Tinggi Darjat

Darjat perempuan solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang 
soleh. Seorang perempuan solehah adalah lebih baik daripada 70 
orang wali.

Pahala Kerja Rumah

Rajin-rajinkan diri dengan melakukan kerja rumah, tapi perlulah buat dengan ikhlas.
Perempuan yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti menyapu lantai di Baitullah.
Perempuan yang menguli tepung dengan "Bismillah", Allah akan berkatkan
rezekinya.
Perempuan yang memerah susu binatang dengan "Bismillah", akan didoakan
oleh binatang itu dengan doa keberkatannya.

Utamakan Ibumu
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

Syurga
Telah jelas dikatakan bahawa syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Memakai Purdah
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat kelak, tetapi
Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberkati auratnya
iaitu memakai purdah ketika didunia secara istiqamah (berterusan).

No comments:

Post a Comment