Thursday 16 May 2013

Keluarga Dia Nak Jumpa!!

                                                     Assalamualaikum...:)
"Aaaarrghh..tak senang duduk rasanya memikirkan pertemuan pertama dengal bakal mertua. Harap2 boleh la dapat 'markah penuh' la ye! Hmm...tido tak lena, mandi tak basah, makan pun tak kenyang..Nak pakai baju apa ek?? Nak bawak buah tangan ke tak? Buah tangan ape yang aku nak bwk nanti nie...adoooiii...peningnya!"

Kalau korang bakal mengalami situasi macam nie, meh aku syer ngan korang beberapa tips yang ringkas yang boleh korang gunakan supaya korang lebih bersedia bila berhadapan dengan bakal ibu dan bapa mertua. Good luck!! :)

Masa
* Masa yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari2 keraian seperti pada Hari Raya, kenduri-kendara, ataupun sempena apa2 majlis dimana tuan rumah (bakal mertua anda ) mengalu-alukan kedatangan anda..




Buah Tangan
* Tak perlu yang mahal2..cukup sekadar membelikan kuih karipap atau pisang goreng panas atau buah-buahan ketika dalam perjalanan ke rumah mereka. Itu sudah memadai.




Hormat Orang Tua
* Selain memberi salam dan bersalaman tangan, kita digalakkan mencium tangan orang tuanya ketika bersalam supaya mereka terasa lebih dihormati..





Jaga Penampilan
* Perkara yang harus dijaga. Selain kemas dan bersih, elakkan memakai pakaian yang tidak senonoh di mata orang tua. Bagi si gadis, moleklah berbaju kurung, dress, jubah ataupun skirt yang labuh..bagi si jejaka, kenakan kemeja berkolar atau sekadar t-shirt kosong tanpa corak. Jangan pakai t-shirt hitam gambar tengkorak pulak! atau terlalu over pakai baju melayu siap dengan samping bagai, macam tak sabar nak kawin la pulak!


Butir Peribadi
* Jujurlah dengan mereka tentang latar belakang kita. Bagitau mereka tentang perancangan masa depan kita supaya mereka yakin dengan keperibadian kita. Ikhlas hati kita dengan setiap butir bicara yang dituturkan. Jangan mereka-reka cerita yang tidak wujud. Kelak nanti kita jugak yang susah!



Jangan Bongkak
* Tak mainlah hidung tinggi! Walau sekaya atau sesenang mana pun kita, berkelulusan luar negara, Hmmm...merendah diri itu lebih baik dan menjaga hati ibubapanya..



Rajin-rajinkan Diri
* Kalau lelaki kedatangan mereka ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual, tapi bagi perempuan, tunjukkanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin boleh kedapur membantu memasak atau buat air atau basuh pinggan mangkuk selepas makan. Mungkin cara ini agak kelihatan seperti kekampungan sikit, tapi hasilnya memang tidak mengecewakan! Tak percaya?? Cubalah...


Topik Perbualan
* Sebelum bertandang ke rumah bakal mertua, eloklah sekiranya kita selidik sikit minat dan kecederungan mereka terlebih dahulu. Tanyalah pada si dia apa yang ibubapanya suka..sekurang-kurangnya takdelah kita terkulat-kulat memikirkan apa yang perlu dibualkan nanti. Jangan sepatah ditanya, sepatah jugak la yang kita jawab. Alamatnya kita dah gagal diperingkat awal!


Manis Bicara
* Bahasakan diri dengan panggilan 'saya' dan panggil mereka dengan panggilan 'makcik' dan 'pakcik'. Jangan sampai tersasul panggil 'mak' dan 'ayah' pulak! Takut nanti kita dikatakan gelojoh..hihihi...jaga-jaga ye!

Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment