Wednesday 13 November 2013

Apa Itu DIY?

Assalamualaikum...:)
Apa itu DIY?? atau DIY? Apa tu?? Macam-macam
jenis soalan la yang korang boleh buat kan..
 DIY maksudnya.....

Do It Yourself

Banyak manfaat yang kita boleh dapat bila kita pandai men" DIY" nie,
mungkin juga dapat membuka ruang seluas-luasnya kepada suri
rumah atau remaja yang selalu rasa bosan bila takde apa nak buat
di rumah. Jom kita baca  beberapa manfaat yang mana tau kan kot-kot
boleh mengubah fikiran kita untuk buat sesuatu yang lebih 
berfaedah dan sekali gus mengubah kualiti hidup kita..:)

Pendapatan Sampingan
- Pandai melakukan DIY boleh mendatangkan pendapatan sampingan untuk kita. Hanya perlu memuat naik dalam akaun Facebook atau paparkan dalam blog, senangkan! Mesti ada yang berminat!

Sumbang Idea
- Tak salahkan kalau kita berkongsi idea dengan kawan-kawan..bagi yang rajin ber'blogging' apa tunggu lagi masukkan idea-idea kreatif anda, untung-untung blog anda jadi pilihan ramai!

Isi Masa Lapang
- Daripada kita buang masa, apa kata kita isi masa dengan sesuatu yang berfaedah? Sambil menonton tv pun kita boleh lakukan DIY, Isi masa lapang kita semaksimum yang mungkin!

Hobi Yang Menarik
- Kalau dulu bila orang tanya apa hobi awak? Yang biasa kita dengar..baca novel, kumpul setem dll, tapi masa telah mengubah kepelbagaian hobi dan DIY adalah salah satunya! Bukan saja menarik tapi boleh jana pendapatan...bestkan!

Kemahiran Diri
- Berbanggalah dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita, ia buat kita terasa diri begitu bermakna. Sekurang-kurangnya kita dapat meningkatkan kualiti dalam kehidupan. Teruskan berusaha okey!

Kelas DIY
- Untuk yang berkeyakinan tinggi, apa kata anda langkah lagi jauh? Buka kelas DIY! Bunyi macam menarik, tak salah kalau mencuba..idea ini pasti menguntungkan anda.

Mengelakkan Pembaziran
- Buat apa nak bazirkan banyak wang untuk membeli hiasan rumah? Dengan adanya kemahiran DIY ni dapat la kita berjimat cermat ,anda mampu menghasilkan gubahan, alatan atau keperluan lain dengan mengitar semula barangan lama atau yang dah rosak. Baguskan!

Pemberian Yang Lebih Bermakna
- Mereka akan lebih menghargai sesuatu yang anda berikan dengan sentuhan anda sendiri. Kemahiran adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli tapi boleh diajar kepada yang minat untuk belajar. Hadiah untuk teman baik pasti lebih bermakna!

Thanks for reading this...:)


sumber perkongsian- Dara.com
                                                                                                                                                 

No comments:

Post a Comment