Wednesday 13 November 2013

Nuffnang: Apa Itu Nuffnang?

Bukak blog orang nie ada Nuffnang, bukak blog orang tu ada Nuffnang,
sana Nuffnang sini Nuffnang, ape kebendenya Nuffnang tu wei..
Artis ker? Jenama makanan ker? Cer explain ceket...

Haaa....act aku pun baru tau je pasal Nuffnang nie..atenya orang baru
dalam dunia blogger kan..mane la tau pasal Nuffnang bagai yer dak?? Kalau
tanya soklan nie pada bukan kaki blogger boleh dimaafkan la kalau
diorg tau tahu..tapi kalau ditanya pada orang macam aku nie ha, jawapannya
Encik Google la yang akan tulun jawabkan! Haa..Encik Google
sila-sila lah menjawab..


Nuffnang adalah Agen Pengiklanan yang meletakkan iklan mereka didalam blog
kita. Nuffnang adalah program buat duit yang berkonsepkan Pay Per Click (PPC).
Ia macam program PPC lain jugak la..contohnya macam Google Adsense dan
program PPC yang lain tu. Pengiklan akan  mengiklankan produk-produk 
mereka di blog-blog yang berdaftar dibawah Nuffnang.

Macamana nak menjana pendapatan melalui Nuffnang nie?

Ok, bagus soklan tu. Sape yang tanya tadi tu? Mana? aku tak nampak. Cuba
expose diri tu ceket..Hihi..jangan marah ha....

Berbalik kepada soklan yang di atas, macam yang aku cakap tadi kan aku
nie orang baru dalam dunia blogger so..rasa macam tak layak jer nak explain..tapi 
takpe Encik Google kan ade! Tolong jawab Encik Google..please..

Untuk pengetahuan anda yang kurang berpengetahuan macam aku nie, Advertiser
akan membayar kepada Nuffnang dan Nuffnang pula akan membayar 
kepada kita. Tapi dengan syarat! Laaa... ada syarat bagai pulak da...
Heyy..mesti la ada syarat-syaratnya..orang puteh cakap ape tu? Term and
Condition! Ingat senang-senang ke orang nak bagi duit camtu jer! Okeh, syaratnye..
pastikan korang kerap kemaskini blog dan cuba untuk tingkatkan
traffic blog korang..hihi..tu je!

Kalau nak lagi cepat dapatkan pembaca-pembaca dari luar. Kalau nakkan
pembaca dari luar alamatnya blog kita kena berbahasa English lah! Blog aku yang
serba kekurangan nie kalau nak cepat dapat pendapatan memang payah sikit la..
sebab blog aku nie totally berbahasa Melayu..katanya "Cintailah Bahasa Kita"...

Okey, sampai sini ajer ye! kalau korang nak tips yang lain silalah bertanya 
kepada Encik Google yang baik hati nie..semua soklan dia boleh
tolong jawabkan. Kalau nak aku yang tulis sampai esok pun belum tentu habis!

Thanks for reading this entry!

No comments:

Post a Comment