Monday 22 April 2013

Susah Ke Jadi Muslimah???

                 Persoalannya, Susah Sangat Ke Nak Jadi Seorang Muslimah Yang Sejati?

                                                              Assalamualaikum semua..
Payah ke bila kita memegang title sebagai wanita @ perempuan @ muslimah? tak baik tau korang cakap macam tu..."Kenapa perempuan tak boleh sama taraf dengan lelaki? Kenapa perempuan terima hak yang sikit berbanding lelaki atas harta warisan? Kenapa aurat perempuan seluruh bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan sedangkan orang lelaki cuma dari pusat ke paras lutut jer..mane aciii....!!! Susahnya jadi perempuan....

Sebelum kita mengeluh meh kita lihat dulu perbandingan antara lelaki dan perempuan sebelum kita melihat kenyataan dan hikmah di sebalik ape yang telah Tuhan tentukan untuk Makhluk-Nya...

Kenyataan:- 

 -Aurat perempuan lebih banyak daripada lelaki.
 -Perempuan kurang dalam beribadah (diberikan cuti seperti dalam solat n puasa )kerana adanya masalah haid dan nifas yang tiada pada org lelaki.
 -Perempuan terima harta warisan hanya setengah daripada bahagian lelaki.
 -Perempuan wajib meminta izin daripada suami apabila hendak keluar dari rumah tidak bagi lelaki.
 -Perempuan wajib taat kepada suami, tapi suami sebaliknya.
 -Talak terletak ditangan suami, bukan ditangan isteri.
 -Perempuan perlu hadapi kesakitan semasa datang haid (senggugut) dan kepayahan semasa mengandung    dan melahirkan anak.

Disebalik kenyataan itu...Allah SWT telah menetapkan peraturan untuk lelaki dan perempuan. Dan dah tentu lah setiap peraturan itu ada alasannya..betul tak? Oleh itu jangan pertikaikan apa yang Allah SWT perintahkan sepertimana yang telah termaktub dalam al-Quran..

Hikmahnya:-

-Aurat perempuan lagi banyak daripada lelaki.Antara barang yang dijual di atas meja dengan barang yang dijual di dalam rak yang bertutup, yang mana korang akan pilih?? mesti la kita pilih barang yang dalam rak kan..walaupun barang tu sama, macam tu la jugak dengan perempuan. Perempuan yang menutup aurat tentulah lebih baik dan bernilai..(perumpamaan dia lebih kurang macam tu la..perempuan yang tak menutup aurat jangan la marah ye..contoh2)

-Perempuan terima harta warisan sedikit daripada lelaki. Tapi korang tau tak? Harta itu akan jadi milik perempuan dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, tapi suami kalau terima harta warisan dia wajib gunakan harta tersebut untuk anak dan isteri. Haaa....bestkan!

-Perempuan wajib taat kepada suami. Tapi korang tau tak? Lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Jadi takde masalahkan kalau kita perlu taat kepada suami seorang je?

-Perempuan hadapi kesusahan mengandung dan lahirkan anak. Tapi korang tau tak? Ketika mengandung dan lahirkan anak, setiap saat itulah perempuan akan didoakan oleh segala makhluk Allah di muka bumi ini..dan sekiranya ia meninggal dunia kerana melahirkan anak, maka ia mati syahid dan syurgalah yang menanti..

-Korang tau tak, di akhirat nanti seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 orang perempuan iaitu :isterinya, ibunya, anak perempuan dan saudara perempuannya. So ini bermakna, bagi seorang perempuan tanggungjawab terhadapnya di tanggung oleh 4 org lelaki iaitu: suami, ayah, anak lelaki dan saudara lelakinya.

-Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah, tapi perempuan cuma wajib taat pada suaminya serta menunaikan tanggugjawabnya kepada Allah. Pahalanya setara dengan lelaki yang berjihad ke jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.

-Perempuan paling mudah diterima masuk syurga dengan melalui mana2 pintu yang dia sukai cukup dengan 4 syarat iaitu ; solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya..

Haaa...so macamana?? korang dah tau hikmahnya kan? jadi..bersyukurlah kita dijadikan sebagai pemegang jantina perempuan..aku pasti korang tentu berbangga selepas membaca hikmah di atas! Jika kaum perempuan mempunyai 1001 alasan untuk menuduh Islam sebagai agama yang mengekang kebebasan seorang perempuan, maka sesungguhnya Islam mempunyai ribuan pembelaan bahawa ajaran Islam  adalah rahmat kepada seluruh dunia. Hebatkan jadi seorang perempuan Muslimah! Renung-renungkan dan selamat beramal.....!! lalalalala.....;)

Thanks for reading this entry!
                                                           Muslimah Anggun!!







No comments:

Post a Comment