Wednesday 23 October 2013

Kenapa Kamu Belum Berpunya?

Hai Assalamualaikum..
Kenapa ek? bila ber 'couple' je memanjang tak melekat, tak pernahnya
nak kekal..ada je yang tak kena..hidung dia besar sangat la, gigi
bersepah la, jalan berterabur la, macam2 alasan yang kita
bagi bila kita tak suka kan seseorang..hikhik! Biasalah tu kan...yang kita
 tak nak, cuba yang kita nak..yang gigi bersepah tu pun kita cakap cantekk! dah
lumrah manusia memang begitu...
Mungkin sebab-sebab nie punca ada yang membujang sampai
sekarang..bukan tak laku tapi :------

# Tak Selesa..
Kita lebih selesa kalau dia boleh jadi teman atau sahabat
daripada jadi kekasih..lagipun lemas la dengan ayat-ayat
jiwang dia tu..hihi

# Memilih..
Nak yang ada rupa, nak yang sempurna..kalau dapat la kan..
kalau tak dapat haaa..sebab tu la membujang sampai sekarang!
sanggup tunggu selagi tak jumpa ye tak??

# Tak Bebas...
Bila dah jumpa yang berkenan..dia terlalu mengongkong la pulak...
sampaikan nak pergi toilet pon dia nak escott..alamak parah la
kalau macam nie!

# Materialistik..
Terlalu materialistik sehingga dia rasa dah tak termampu nak
teruskan perhubungan dengan kita, hihi...dalam bahasa lain yang
lagi senang kita nak paham " maintanence tinggi sangat..." haha!

# Tak Setaraf...
Kononnya dia tu tak sesuai dengan pangat dan darjat kita..jadi
ada yang menolak untuk disatukan..takut menyesal di kemudian hari
katanye...

# Dah Serik..
Pernah berkali-kali dicurangi kekasih, dah fobia nak bercinta lagi..
kita jadi takut nak mempercayai janji-janji lelaki.

# Belum Bersedia...
Masih belum bersedia nak terima lamaran sesiapa sebabnya
kita mempunyai hajat yang belum tercapai! so kalau kawin lambat
pun tak kesah..hikhik!

So tak kisah la ape pun sebab kenapa korang belum berpunya, yang
penting jangan terlalu mencari kesempurnaan..kerana cinta tak
mencari kesempurnaan..tapi menerima kesempurnaan itu..dan cubalah
untuk saling melengkapi antara satu sama lain..itulah cinta terbaik!


Thanks for reading this entry! :)

No comments:

Post a Comment